Mengenal Budaya Melayu : Gurindam Dua Belas


Assalamualaikum Wr,Wb

pada postingan kali ini saya ingin menjabarkan gurindam duabelas,mungkin banyak orang jawa,minang atau batak tak mengenal gurindam duabelas,karena gurindam dua belas adalah sastra melayu yang berisi nasehat atau pepatah,dan dapat kita contohkan dikehidupan seehari” jika itu positif…saya penulis mengetahui gurindam ini karena saya orang melayu yang lahir dan tinggal ditanah melayu ibukota provinsi riau pekanbaru,jadi saya jabarkan ini bermaksud untik berbagi ilmu kepada pembaca” semua..jadi simaklah artikel berikut ini :

Pasal Pertama (1) Gurindam 12

Barang siapa tiada memegang agama. Segala-gala tiada boleh dibilang nama. Barang siapa mengenal yang empat. Maka yaitulah orang yang ma’rifat. Barang siapa mengenal. AllahSuruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri. Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia. Tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat. Tahulah ia dunia mudharat

Pasal Kedua (2) Gurindam 12

Barang siapa mengenal yang tersebut. Tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang. Seperti rumah tiada bertiang.

Barang siapa meninggalkan puasa. Tidaklah mendapat dua termasa. Barang siapa meninggalkan zakat. Tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji. Tiadalah ia menyempurnakan janji.

Pasal Ketiga (3) Gurindam 12

Apabila terpelihara mata. Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping. Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah. Niscaya dapat daripadanya faedah/

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan. Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh. Keluarlah fi’il yang tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat. Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki. Daripada berjalan yang membawa rugi. Hendaklah pelihara kaki.*1Daripada berjalan membawa rugi

Pasal Keempat (4) Gurindam 12

Hati itu kerajaan di dalam tubuh. Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh. Apabila dengki sudah bertanah. Datanglah daripadanya beberapa anak panah. Mengumpat dam memuji hendaklah pikirm. Di situlah banyak orang yang tergelincir.

Pekerjaan marah jangan dibela. Nanti hilang akal di kepala. Jika sedikitpun berbuat bohong. Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung. Tanda orang yang amat celaka. Aib dirinya tiada ia sangka. Bakhil jangan diberi singgah. Itulah perompak yang amat gagah. Barang siapa yang sudah besar. Janganlah kelakuannya membuat kasar. Barang siapa perkataan kotor. Mulutnya itu umpama ketor. Di manakah salah diri. Jika tidak orang lain yang berperi. Pekerjaan takbur jangan direpih. Sebelum mati didapat juga sepih

Pasal Kelima (5) Gurindam 12

Jika hendak mengenal orang berbangsa. Lihat kepada budi dan bahasa. Jika hendak mengenal orang yang berbahagia. Sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia. Lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu. Bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal. Di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai. Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Pasal Keenam (6) Gurindam 12

Cahari olehmu akan sahabat Yang boleh dijadikan obat Cahari olehmu akan guru Yang boleh tahukan tiap seteru Cahari olehmu akan isteri Yang boleh menyerahkan diri

Cahari olehmu akan kawan Pilih segala orang yang setiawan Cahari olehmu akan abdi Yang ada baik sedikit budi

Pasal Ketujuh (7) Gurindam 12

Apabila banyak berkata-kata Di situlah jalan masuk dusta Apabila banyak berlebih-lebihan suka Itu tanda hampirkan duka Apabila kita kurang siasat Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila anak tidak dilatih Jika besar bapanya letih Apabila banyak mencacat orang Itulah tanda dirinya kurang Apabila orang yang banyak tidur Sia-sia sajalah umur Apabila mendengar akan kabar Menerimanya itu hendaklah sabar Apabila mendengar akan aduan Membicarakannya itu hendaklah cemburuan Apabila perkataan yang lemah lembut Lekaslah segala orang mengikut Apabila perkataan yang amat kasar Lekaslah orang sekalian gusar Apabila pekerjaan yang amat benar Tidak boleh orang berbuat onar

Pasal Kedelapan (8) Gurindam 12

Barang siapa khianat akan dirinya Apalagi kepada lainnya Kepada dirinya ia aniaya Orang itu jangan engkau percaya Lidah suka membenarkan dirinya Daripada yang lain dapat kesalahannya

Daripada memuji diri hendaklah sabar Biar daripada orang datangnya kabar Orang yang suka menampakkan jasa Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa Kejahatan diri disembunyikan Kebajikan diri diamkan Ke’aiban orang jangan dibuka Ke’aiban diri hendaklah sangka

Pasal Ke Sembilan (9) Gurindam 12

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan Bukannya manusia yaitulah syaitan Kejahatan seorang perempuan tua Itulah iblis punya penggawa Kepada segala hamba-hamba raja Di situlah syaitan tempatnya manja

Kebanyakan orang yang muda-muda Di situlah syaitan tempat bergoda Perkumpulan laki-laki dengan perempuan Di situlah syaitan punya jamuan Adapun orang tua(h) yang hemat Syaitan tak suka membuat sahabat Jika orang muda kuat berguru Dengan syaitan jadi berseteru

Pasal Ke Sepuluh (10) Gurindam 12

Dengan bapa jangan derhaka Supaya Allah tidak murka Dengan ibu hendaklah hormat Supaya badan dapat selamat Dengan anak janganlah lalai Supaya boleh naik ke tengah balai

Dengan kawan hendaklah adil Supaya tangannya jadi kapil

itu saja postingan saya pada kali ini,mohon maaf jika kata” saya ada yang salah..Wassalamualaikum Wr,Wb

Pasal Ke-11 (Sebelas) Gurindam 12

Hendaklah berjasa Kepada yang sebangsa Hendak jadi kepala Buang perangai yang cela Hendaklah memegang amanat Buanglah khianat

Hendak marah Dahulukan hujjah Hendak dimalui Jangan memalui Hendak ramai Murahkan perangai

Pasal Ke-12 (Dua Belas) Gurindam 12

Raja mufakat dengan menteri Seperti kebun berpagarkan duri Betul hati kepada raja Tanda jadi sebarang kerja Hukum adil atas rakyat Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu Tanda rahmat atas dirimu Hormat akan orang yang pandai Tanda mengenal kasa dan cindai Ingatkan dirinya mati Itulah asal berbuat bakti Akhirat itu terlalu nyata Kepada hati yang tidak buta Tamatlah gurindam yang dua belas pasal karangan Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga (1263) kepada tiga likur hari bulan Rajab Selasa lima Negeri Riau Pulau Penyengat

Satu pemikiran pada “Mengenal Budaya Melayu : Gurindam Dua Belas

Berkomentarlah Disini Guna Menghargai Artikel Blog Ini

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s