Misteri Lukisan Yang Paling Menyeramkan di Dunia


Lukisan biasanya dibuat dengan unsur seni yang sangat indah sehingga membuatkan harga lukisan tersebut menjadi sangat mahal apabila dijual.

Namun, bagaimana jika luksian yang dicipta menimbulkan kesan seram dan mengerikan, adakah ada lagi pembeli yang mahu membelinya?

Berikut adalah beberapa lukisan yang sangat menyeramkan di dunia yang pernah dicipta oleh beberapa orang pelukis terkenal;

Heads Severed

Heads Severed

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Theodore Gercault. Lukisan ini merupakan lukisan yang paling terkenal dari pelbagai jenis karya seni yang di hasilkannya. Lukisan ini juga terkenal dengan gaya artistik. Kononnya lukisan yang menggambarkan dua kepala mayat ini terinspirasi dari dirinya yang melihat beberapa organ tubuh manusia di rumah mayat mahupun potongan tubuh manusia di rumah sakit.

Study After Velazquez’s Potrait Of Innocent X

Study After Velazquez's Potrait Of Innocent X

Merupakan lukisan yang di cipta oleh seniman terkenal pada abad 20, iaitu Francis Bacon. Gaya lukisannya sangat berani dan memiliki unsur gelap dalam bentuk figura atau tokoh tertentu. Lukisan ciptaannya terjual dengan harga yang sangat mahal walaupun hanya sebuah kanvas saja. Dalam lukisan ini di gambarkan bahawa paus tersebut sedang termenung dan seperti sedang berbicara. Bacon menggambarkan bahawa paus ini sedang menjerit.

The Hand’s Resist Him

The Hand's Resist Him

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 di Oakland, California. Lukisan ini juga di kenali sebagai lukisan paling menyeramkan di dunia. Dalam lukisan ini di gambarkan seorang kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya dimana seperti ada tangan sedang cuba untuk keluar di balik pintu dengan hanya sebuah kaca rapuh yang menahan kedudukan mereka. Di katakan bahawa anak kecil pada lukisan ini akan bergerak apabila malam tiba malah saling berkelahi!

The Crying Boy

The Crying Boy

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Bruno Amadio. Lukisan ini mengambarkan seorang anak kecil dengan air mata yang mengalir ke pipinya. Pelukisnya telah mengekspresikan kesedihan mendalam pada lukisan ini, di mana tidak ada seorang pun yang dapat menahan emosinya ketika melihat tangisan anak kecil ini. Lukisan ini terkenal dengan pelbagai cerita lagenda dimana kebakaran dan kematian menghantui lukisan ini. Malah, lukisan ini juga terkenal dengan kejadian kebakaran dimana sahaja lukisan ini di pamer atau di simpan.

The Scream

The Scream

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Edvard Munch dan merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia kerana harganya yang sangat mahal. Di katakan bahawa sesiapa yang ingin mengkaji tentang lukisan ini akan jatuh sakit dan mengalami tekanan. Malah di katakan bahawa lukisan ini juga akan membawa malang kepada orang yang menjatuhkan lukisan ini.

Itulah beberapa lukisan paling menyeramkan yang ada di dunia ini.

sumber : malaysian mistery cafe

2 pemikiran pada “Misteri Lukisan Yang Paling Menyeramkan di Dunia

Berkomentarlah Disini Guna Menghargai Artikel Blog Ini

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s